Posts

Hati Mati

Tiada rasa Tiada resah Segalanya seperti biasa Seakan dunia ini Syurga Ketagihan Seakan dosa itu memberi ketenangan Penipuan bermula Sedang jiwamu tersiksa Kerana berjauhan Dari rahmat Tuhan Dengan kuasaNya Dia tidak hadirkan Rasa gelisah dengan dosa Kerana kau sendiri Yang mewarnai hati Dengan warna hitam kelam Dosa itu Tidak akan memberi ketenangan Jauh sekali kebahagiaan Hanya memberi kegelisahan Juga ketagihan Dosa Menjauhkan diri Dari rahmat Tuhan Semoga dilindungi Dari hati yang mati Kekalkan Mujahadah, InshaAllah Jannah ;) Archer Pleasure of God

Sebagai Seorang Pemelihara KalamNya

Aku berjalan di dalam kepekatan malam. Sambil aku melihat langit. Langit yang kehilangan cahaya bintang. Kegusaran melanda jiwa, ketakutan mula menyiksa, andai hatiku kehilangan cahaya hidayahNya. "Hazirah, dah sampai" Lamunanku pecah. Terus aku keluar dari pintu kereta, dan melangkah ke destinasi kami, kenduri. Tiba-tiba, kesunyian menyinggah suasana. Aku memecahkan kesunyian itu dengan soalan. "Mana kendurinya,ibu?" "Tu.." Ibuku menunding jari ke arah bawah blok. Aku mengangguk sahaja. Lamunanku tadi masih memberi kesan di dalam jiwa. Sedang melangkah, aku terlihat begitu ramai kaum Adam memenuhi kawasan itu. Aku segan. Segan melihat segelintir dari mereka. Kerana segelintir dari mereka adalah pelajar tahfiz. Di bahagian belakang, Kaum Hawa mengisi ruang. Aku terlihat mereka yang indah pakaiannya. Menutup aurat begitu sempurna. Wajah mereka disebalik tabir melindungi kecantikan mereka. Pakaian sunnah menghiasi diri mereka. Ayat suci

Rindu

Aku rindu Air mata penyesalan berjurai di pipi Atas dosa-dosaku Aku rindu Air mata berderaian syahdu Ketika mengingatiMu Aku rindu Di dalam sujudku Merintih sayu di hadapanMu Mengharap Kau sedang mendengar rintihanku Aku memohon rahmatMu Aku rindu Meluangkan masa hanya untukMu Melupakan dosa yang menghantuiku Bibirku mengangungkan namaMu Aku rindu.... Kekalkan Mujahadah InshaAllah Jannah ;) Archer Pleasure of God

Penawar Luka

Aku melangkah lemah Diiringi harapan yang musnah Menuju ke suatu kawasan Untuk aku meluah Isi hati yang punah Aku merebahkan diri Di bawah sebatang pokok ciptaan Ilahi Aku mendongak ke arah langit yang indah Kerana langit tidak penah berhenti Menghubungkan harapan Harapan yang datangnya dari Tuhan Ku ukirkan senyuman Merawat calar kesedihan  Dengan harapan Dia mendengar rintihan Rintihan hati yang mengharapkan rahmat Tuhan Kerana aku tahu Segala apa yang terjadi Atas izin Ilahi Dia tidak pernah membebani HambaNya yang dikasihi  Namun aku menyedari  Ada hikmah yang tersembunyi Disebalik apa yang dicoretkan Kepada setiap hambaNya  Tidak bererti kehidupan ini Andai tiada 'jentikan' dari Ilahi Aku pohon Ya Allah Limpahkan rahmatMu Yang tidak pernah bertepi Kekalkan Mujahadah InshaAllah Jannah ;) Archer Pleasure of God

Hanya Sementara

Me mang pahit rasanya.. Untuk menelan dugaan dunia Namun tetap teguh melaluinya Kepahitan itu hanya sementara Manisnya akan menjelma Untuk selamanya Tiada siapa yang mengerti Apa yang tersirat di hati Kau sorok dari diketahui Mereka menyangka kau tidak memahami Teruslah bersabar Dia masih ada untuk mendengar Rintihanmu yang berpanjangan Memohon kekuatan Untuk melalui perjalanan Masih ada masa dan pelu ang Untuk perbaiki segala yang hilang Jangan putus asa dengan cabaran Walau ditusuk kaca yang memedihkan Firdausi sedang menunggu kedatangan Menikmati nikmat yang dijanjikan Kekalkan Mujahadah InshaAllahJannah ;)  Archer Pleasure of God

Kerinduan Ummat

" Kita jemput pentazkirah kita pada malam ini, Abu bin Ali. Sollu'alannabiy! " " Sallallahu'ala Muhammad Sallallahu'alaihi wassalam  Sallallahu'ala Muhammad Sallallahu'alaihi wassalam .."   Para pelajar berselawat ke atas baginda dengan penuh semangat. Indahnya suasana di dalam surau itu bila mengingati kerinduan umat islam. Tiba-tiba, hati kecil ini berbisik..  ' Lagi indah jika umat islam berselawat ke atas baginda dengan jiwa yang merindu..'  Aku tersentap sendiri.   Adakah umat islam sekarang berselawat dengan jiwa yang sangat merindui baginda? Adakah umat islam sekarang berselawat ke atas baginda dengan jiwa mengharap syafaat dari baginda di akhirat kelak? Atau hanya berselawat di bibir namun di dalam jiwa tiada rasa rindu pada baginda?  Sedang berqasidah, dengan semangat kita menyebut    " Isyfa'lana lana lana.. Ya habibana"   Semangat meminta syafaat dari baginda. Namun adakah ha

Al-Quran Mengetuk Pintu Hati

 Kaki kananku melangkah masuk ke dalam rumahNya. Terasa ketenangan yang tak mampu aku beli di mana-mana. Setiap kali aku menjejakkan kaki di rumahNya, itulah yang aku rasa. Ketenangan  Aku terus duduk di penjuru surau bersama anggota-anggota yang dibasahi wudhuk. Sementara menunggu azan Asar berkumandang, aku menggapai Al-Quran terjemahan yang berada di dalam rak surau. Dengan lafaz bismillah, aku buka mana-mana muka surat yang aku dapat. Aku tertumpu pada satu ayat suci Ilahi, maksudnya: Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami telah beriman", dan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-ankabut : 2  Aku terkesima. Ayat ini cukup menyentapkan hati yang pilu. Aku membaca ayat yang seterusnya : Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta Al-ankabut : 3   Aku menutup kelopak mata,